Friday 25 November 2011

RPH PENDIDIKAN ISLAM

RPH

Mata pelajaran             :           Pendidikan Islam

Kelas                           :           1 Amanah

Tarikh                          :           17 Oktober 2011

Masa                            :           8.45 – 9.15 pagi

Bilangan murid           :           35 orang

Bidang                                    :           Bacaan dan hafazan

Tajuk                           :           Surah Al-Fatihah ayat 6 – 7

Pengetahuan sedia ada murid :

1)      Murid-murid telah membaca beberapa ayat dalam surah Al-Fatihah.

2)      Murid-murid telah menghafaz ayat 1 – 5 surah Al-Fatihah.

Hasil pembelajaran      :

Aras 1 : Menyebut dengan betul kalimah-kalimah daripada surah Al-Fatihah.

Aras 2 : Membaca dan menghafaz potongan ayat 6 dan 7 dengan bacaan yang betul.

Aras 3 : Membaca dan menghafaz ayat 6 dan 7 surah Al-Fatihah secara bertajwid.

Bahan bantu mengajar            :

1)      Kad imbasan kalimah.



Strategi pengajaran dan pembelajaran :


Langkah/Masa


Isi pelajaran

Aktiviti

Catatan/BBM

Pendahuluan
(2 minit)

Bacaan doa belajar

Murid membaca doa beramai-ramai.



Set induksi
(3 minit)


Soal jawab

Menerangkan ayat yang akan dipelajari pada hari ini.


Langkah 1
(7 minit)

Kalimah dan potongan ayat

1-Guru menyebut kalimah sambil menampal kad di papan hitam.

2-Murid membaca mengikut bacaan guru secara kelas dan kumpulan beberapa kali.


Kad kalimah

Langkah 2
(8 minit)

Potongan ayat

1-Guru membaca potongan ayat beberapa kali.

2-Murid membaca mengikut bacaan guru.

3-Guru membetulkan kesalahan pada bacaan murid.



Langkah 3
(7 minit)

Ayat 6 dan ayat 7

1-Murid membaca ayat 6 dan 7 secara kelas, kumpulan dan individu beberapa kali.

2-Semasa murid membaca, guru menunjukkan ayat yang dibaca di papan hitam.



Penutup
(3 minit)


-Kalimah dan potongan ayat

-Pengajaran ayat


1-Murid-murid diminta membaca kalimah dan potongan ayat sambil memandang kad kalimah.

2-Guru menjelaskan kelebihan membaca surah Al-Fatihah.




No comments:

Post a Comment