Tuesday 22 November 2011

Keutamaan dan Kemuliaan Nabi Muhammad di Kampung Akhirat

1. Nabi s.a.w ialah manusia pertama yang akan dibangkitkan semula setelah hari kiamat.
2. Setelah baginda dibangkitkan, Allah memberikan kepada baginda kedudukan yang paling terpuji dan juga panji kehormatan yang khusus untuk baginda. Di bawah panji inilah akan bernaungnya nabi Adam dan nabi-nabi yang lain.
3.Setelah itu, Nabi Muhammad akan menjadi orang pertama yang diizinkan untuk sujud kepada Allah s.w.t.
4. Hanya Nabi Muhammad yang akan dibenarkan untuk berdiri di sisi sebelah kanan Arasy Tuhan.
5. Nabi Muhammadlah yang akan meminta supaya hisab dimulakan di Padang Mahsyar.
6. Nabi Muhammad juga mempunyai syafaat-syafaat yang lain iaitu;
     i) Membebaskan mereka yang akan dimasukkan ke dalam neraka
     ii) Memasukkan seseorang ke dalam syurga tanpa hisab
     iii) Memansuhkan hukuman yang dijatuhkan kepada seseorang setelah dihisab
     iv) Meningkatkan darjat seseorang di dalam syurga
7. Nabi Muhammad s.a.w orang yang pertama mengetuk pintu syurga.

No comments:

Post a Comment