Friday 25 November 2011

Tazkirah


Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Sewaktu Rasulullah s.a.w musafir, baginda melihat seorang lelaki sedang dikerumuni oleh orang ramai sehingga dia hampir-hampir tidak dikenali. Rasulullah s.a.w kemudian bertanya: Mengapa dengannya? Para sahabat menjawab: Dia adalah seorang yang berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda: Bukanlah termasuk dari suatu kebaikan berpuasa di dalam perjalanan iaitu musafir.
(Riwayat Muslim, #1879)

Aspek Keselamatan dalam PJK


Terdapat tujuh perkara yang perlu diberi perhatian untuk keselamatan sebelum menjalani aktiviti rekreasi dan latihan sukan iaitu:

1. Melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat dan lakukan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan.

2. Latihan bersistematik. Latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebuh dahulu sebelum melaksanakannya. Jangan sesekali melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya.

3. Kenal pasti kecergasan diri. Setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza. Tetapkan objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing.

4. Kenal pasti kemampuan diri. Lakukan aktiviti mengikut tahap kemampuan masing-masing. Jangan memaksa diri melakukan aktiviti melebihi had keupayaan masing-masing.

5. Persekitaran dan tempat aktiviti yang sesuai. Pastikan persekitaran tempat yang selamat. Selamat untuk diri sendiri dan orang lain.

6. Kemudahan peralatan. Pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan aktiviti. Alatan termasuklah juga pakaian yang sesuai untuk aktiviti.

7. Perlakuan yang betul. Jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. Ini akan membahayakan diri anda.

Senaman HIRAMEKI

HIRAMEKI bermaksud 'mendapat inspirasi'. Apabila anda berada dalam keadaan buntu, anda perlu minda yang relaks tapi peka untuk mencapai HIRAMEKI. Minum teh, dapat HIRAMEKI.
Theanine merupakan kandungan semulajadi asli daun teh. Theanine dikatakan berkesan untuk menjadikan minda anda relaks tapi peka.

Untuk itu saya kongsikan dengan anda cara penyediaan teh cara HIRAMEKI.
1. Masukkan satu uncang teh ke dalam gelas. Tuangkan air mendidih dan tutup selama 2-3 minit.
2. Sementara menunggu, tarik nafas panjang dan angkat tangan untuk membentuk huruf 'L'. Sambil mengekalkan bentuk 'L', naikkan lutut kiri ke arah siku kanan, kemudian lutut kanan ke siku kiri. Ulang sebanyak 10 kali. Senaman ini baik untuk minda anda (buat dengan relaks).
3. Celup uncang teh 5 kali dan kemudian keluarkan. Teh anda sudah siap sekarang.
Semoga anda menikmatinya.

Tips keselamatan lompat jauh

acara lompat jauh menggabungkan dua aspek utama iaitu lari yang pantas dan lompat yang kuat. lompatan yang baik bergantung kepada satu larian pantas, lonjakan yang tepat, sudut lompatan, pusat graviti, ketinggian lompatan dan teknik pendaratan.
walau bagaimanapun, dalam kita mencari kesempurmaan lompatan kadang-kala ia boleh mengundang kecederaan kepada atlet. perkara berikut perlu dititikberatkan untuk mengurangkan kecederaan semasa latihan lompat jauh.

paling utama, sebelum memulakan latihan guru pjk atau jurulatih mesti mengenal pasti tahap kesihatan atlet. keadaan atlet yang kurang sihat boleh mendatangkan kecederaan semasa latihan. lakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan secara umum dan spesifik bagi persediaan otot untuk bekerja bagi julat yang lebih tinggi.

perlu dipastikan juga pakaian atlet. pakai baju dan seluar yang membolehkan atlet melakukan pergerakan yang selesa. pakai kasut dari jenis tapak lembut.
aloooo bang ! mana kasut? papan lonjakan ok ker?
umumnya, landas lompat jauh di sekolah-sekolah dibuat di atas rumput. pastikan juga landas tidak berlubang-lubang dan tidak terdapat objek berbahaya seperti paku dan kaca.

kebanyakkan sekolah menghadapi banyak masalah papan lonjakan. kadang-kala kedudukan papan lonjakan bergerak apabila fasa lonjalan dilakukan. ini boleh berbahayakan kaki atlet. alternatifnya, di sekolah saya kami menggunakan kayu landasan kereta api bagi mengatasi masalah ini.

pastikan pasir sentiasa di gembur dan diratakan bagi mengelakkan kecederaan semasa fasa pendaratan. pada akhir latihan, jangan lupa melakukan aktiviti menyejukkan badan.

walau pun info kali ini nampak ringkas dan mudah. perkara ini sangat penting bagi mengurangkan risiko kecederaan.

Persediaan keselamatan semasa menjalankan aktiviti PJK.



Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa menjalankan aktiviti PJK bersama murid-murid.

Pertama, guru perlu menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam atau di luar bilik darjah.

Kedua, guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti PJK.

Ketiga, adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat lapang semasa cuaca buruk dan adanya kilat atau petir.

Keempat, elakkan sama sekali mengadakan aktiviti sukan semasa hujan dan ribut petir, sama ada di padang atau kolam renang.

Kelima, berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan.

Keenam, sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua atau guru besar dengan segera. Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan.

Tugasan Unit Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

KOMPONEN 1: Tajuk dan tujuan unit



TAJUK :  KECERGASAN FIZIKAL

SUBTAJUK  : 1. Daya Tahan Kardiovaskular

                          2. Imbangan

                          3. Ketangkasan

  4. Daya Tahan Otot

                                                             

TUJUAN UNIT:  

1. Daya Tahan Kardiovaskular : Meningkatkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular                         murid.

2. Imbangan : Mengenal pasti otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti imbangan.

3. Ketangkasan : Melakukan aktiviti untuk meningkatkan ketangkasan dengan betul dan selamat.

4. Daya Tahan Otot : Melakukan aktiviti daya tahan otot dengan betul dan selamat.



Kepentingan TEMA/TAJUK:

1. Daya tahan kardiovaskular : Membolehkan keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi secara berterusan semasa seseorang itu melakukan kerja dalam tempoh masa yang panjang.

2. Imbangan : Imbangan penting bagi memantapkan perlakuan dan melancarkan pergerakan.

3. Ketangkasan : Ketangkasan membolehkan seseorang bergerak dengan pantas sambil menukar arah atau kedudukan badan dalam melakukan sesuatu aktiviti semasa bersukan, beriadah atau dalam kegiatan harian.

4. Daya Tahan Otot : Daya tahan otot membantu melakukan pergerakan yang berulang-ulang bagi satu tempoh yang lama tanpa cepat berasa letih.

KOMPONEN 2: Pengetahuan sedia ada murid



Pengetahuan sedia ada murid:

Pelajaran 1: Daya Tahan Kardiovaskular

  • Murid pernah menonton acara senamrobik melalui televisyen.
  • Murid mempunyai pengalaman berlari dan pernah melihat atlet jarak jauh beraksi.



Pelajaran 2: Imbangan

  • Murid pernah melakukan aktiviti-aktiviti imbangan pada tahun tiga.



Pelajaran 3: Ketangkasan

  • Murid berpengalaman melakukan aktiviti untuk meningkatkan ketangkasan.



Pelajaran 4: Daya Tahan Otot

  • Murid mempunyai pengalaman melompat dan melakukan ketingting serta pernah    

            melihat aksi tersebut.     

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

Pelan mencungkil idea:

Pelajaran 1: Daya Tahan Kardiovaskular

  • Guru meminta murid mengira jumlah nadi ketika berjalan dan berlari. Guru bertanya kenapa kadar nadi lebih cepat semasa berlari berbanding semasa berjalan.

Pelajaran 2: Imbangan

  • Seorang murid diminta berdiri di atas bangku dengan sebelah kaki, tetapi murid itu hanya mampu berdiri dalam masa yang singkat. Guru bertanya mengapa murid itu tidak mampu berdiri dengan sebelah kaki dalam tempoh yang lama.

Pelajaran 3: Ketangkasan

  • Guru membaling sebiji bola ke arah seorang  murid dan murid itu diminta menangkap bola sepantas mungkin. Guru bertanya mengapa murid mampu menangkap bola dengan pantas.

Pelajaran 4: Daya Tahan Otot

  • Murid diminta berdiri dan duduk berulang kali. Guru bertanya murid kenapa murid itu mampu berdiri dan duduk bagi tempoh yang lama tanpa berasa letih.





Idea/Objektif utama yang mungkin sukar dicapai.

Pelajaran 1: Daya Tahan Kardiovaskular

  • Murid tidak dapat menyatakan dengan tepat  tiga otot besar yang terlibat semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular.

Pelajaran 2: Imbangan

  • Murid tidak dapat mengawal tubuh badan dengan betul sekurang-kurangnya 8 daripada 10 percubaan dalam aktiviti imbangan.

Pelajaran 3: Ketangkasan

  • Murid tidak dapat menyatakan dengan tepat tiga otot besar yang terlibat semasa melakukan aktiviti untuk meningkatkan ketangkasan.



Pelajaran 4: Daya Tahan Otot

  • Murid tidak dapat memberi idea yang tepat untuk  menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti daya tahan otot.



Miskonsepsi yang mungkin wujud dan konsep tepatnya.

Pelajaran 1: Daya Tahan Kardiovaskular

  • Definisi daya tahan kardiovaskular tidak dapat dihuraikan dengan tepat oleh murid. Guru perlu membimbing murid.

Pelajaran 2: Imbangan

  • Murid tidak dapat memahami konsep imbangan dengan tepat. Guru perlu menghuraikan dengan lebih jelas.

Pelajaran 3: Ketangkasan

  • Sebahagian daripada murid masih kabur dengan dengan aktiviti yang melibatkan ketangkasan. Guru perlu memberi penerangan yang lebih jelas.

Pelajaran 4: Daya Tahan Otot

  • Murid tidak dapat menghuraikan dengan tepat kepentingan daya tahan otot dalam kehidupan harian. Guru perlu menghuraikan dengan lebih jelas dengan disertakan contoh.





KOMPONEN 3: ANALISIS ISI KANDUNGAN PELAJARAN



Hasil pembelajaran: Di akhir pelajaran ini murid akan dapat:



Pelajaran 1 : Daya Tahan Kardiovaskular

A : Menguasai isi kandungan pelajaran

1. Menyatakan maksud daya tahan kardiovaskular.

2. Mengetahui dan memahami kepentingan daya tahan kardiovaskular dalam kehidupan.



B : Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

            1. Menyatakan cara mengira kadar nadi sebelum dan selepas bersenam.

2. Melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 aktiviti daya tahan kardiovaskular dalam tempoh masa sekurang-kurangnya 4 minit dengan betul dan selamat.

C :  Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

1. Yakin dan gembira melakukan aktiviti berkaitan daya tahan kardiovaskular.

2. Menjelaskan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan daya tahan kardiovaskular.



Pelajaran 2: Imbangan

A: Menguasai isi kandungan pelajaran

1. Menyatakan maksud dan kepentingan imbangan.

2. Melakukan aktiviti imbangan dengan betul dan selamat.

            B: Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

1. Menamakan 3 otot utama yang terlibat dalam aktiviti imbangan.

2. Menyatakan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti yang melibatkan imbangan.

            C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

1. Yakin dan gembira selepas melakukan aktiviti imbangan.

2. Menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti imbangan dalam   permainan.

Pelajaran 3: Ketangkasan

 A: Menguasai isi kandungan pelajaran

1. Menyatakan maksud ketangkasan.

            2. Melakukan aktiviti untuk meningkatkan ketangkasan.      

            B: Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

1. Menyatakan aspek keselamatan semasa beraktiviti.                                  

2. Mengenal pasti 2 otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti.

C:Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

1. Yakin dan gembira melakukan aktiviti berkaitan ketangkasan.

2. Menanam sikap bekerjasama semasa melakukan aktiviti.

Pelajaran 4: Daya Tahan Otot 

            A: Menguasai isi kandungan pelajaran

1. Menyatakan maksud daya tahan otot.

            2. Menjadi orang yang cergas dan aktif.        

            B: Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

1. Melakukan 3 daripada 5 aktiviti tekan tubi dan bangkit tubi dengan betul dan selamat.

2. Menyatakan 3 otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti tekan tubi dan

bangkit tubi.                                                                                                                                  

            C:Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

1. Yakin dan gembira melakukan aktiviti.

            2. Bekerjasama dalam melakukan aktiviti.

Idea utama menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan dan umur murid

Pelajaran 1: Daya Tahan Kardiovaskular

  • Daya tahan kardiovaskular ialah kebolehan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi secara berterusan semasa seseorang melakukan kerja dalam tempoh masa yang panjang.

Pelajaran 2: Imbangan

  • Imbangan bermaksud kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya semasa melakukan sesuatu aktiviti.

Pelajaran 3: Ketangkasan

  • Ketangkasan merupakan kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil menukar arah atau kedudukan badan semasa melakukan sesuatu aktiviti.

Pelajaran 4: Daya Tahan Otot

  • Daya tahan otot ialah kemampuan kumpulan otot melakukan pergerakan yang berulang-ulang dalam tempoh yang lama tanpa berasa letih.





Objek, sistem, atau kejadian sebenar yang berkaitan

Pelajaran 1 : Daya Tahan Kardiovaskular

  • Sistem daya tahan kardiovaskular selalu berkait dengan sistem respiratori iaitu melibatkan bahagian pernafasan (guru dan murid) seperti hidung, mulut, trakea, bronkus, bronkiol dan paru-paru.

Pelajaran 2: Imbangan

  • Murid-murid telah membuat aktiviti imbangan semasa acara senamrobik yang telah diadakan di sekolah sempena Hari Guru pada bulan Mei yang lalu.

Pelajaran 3: Ketangkasan

  • Murid-murid selalu bermain bola sepak, bola jaring serta permainan lain sama ada di sekolah atau di rumah.

Pelajaran 4: Daya Tahan Otot

  • Murid-murid sering menggunakan daya tahan otot  iaitu semasa menunggang basikal pergi dan pulang dari sekolah serta bermain lompat getah bersama rakan.





Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori

Pelajaran 1: Daya Tahan Kardiovaskular

1)      Senaman ritma : Senaman yang dilakukan mengikut rentak muzik.

2)      Penyakit kardiovaskular : Penyakit yang berkaitan dengan jantung dan salur darah ke        jantung.

Pelajaran 2: Imbangan

1)      Koklea : Bahagian dalam organ pendengaran yang berfungsi memelihara keseimbangan tubuh badan.

2)      Imbangan Statik : Kebolehan mengekalkan kestabilan kedudukan semasa pusat graviti berada setempat.

3)      Imbangan Dinamik : Kebolehan mengekalkan kestabilan kedudukan semasa pusat graviti diubah.

Pelajaran 3: Ketangkasan

1)      Ketangkasan  : Kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil menukar arah atau kedudukan badan dalam melakukan sesuatu aktiviti semasa bersukan, beriadah atau dalam kegiatan harian.

Pelajaran 4: Daya Tahan Otot

1)      Latihan Bebanan : Satu kaedah latihan yang digunakan bagi meningkatkan daya tahan otot.

2)      Pemboleh ubah bagi latihan bebanan ialah ulangan, set, intensiti, jeda, rehat, dan kekerapan latihan.





Persoalan utama dengan jawapan (Jika pembelajaran inkuiri)

Pelajaran 1: Daya Tahan Kardiovaskular

  • Soalan : Mengapakah daya tahan kardiovaskular penting untuk  badan kita?

Ø  Jawapan : Daya tahan kardiovaskular penting untuk badan kita supaya kita dapat melakukan kerja dalam tempoh masa yang panjang.



Pelajaran 2: Imbangan

  • Soalan : Namakan dua jenis imbangan yang kamu tahu?

Ø  Jawapan : Dua jenis imbangan tersebut ialah imbangan statik dan imbangan dinamik.



Pelajaran 3: Ketangkasan

  • Soalan : Nyatakan tiga contoh permainan yang melibatkan ketangkasan?

Ø  Jawapan : Tiga contoh permainan yang melibatkan ketangkasan ialah permainan bola sepak, bola jaring dan bola baling.



Pelajaran 4: Daya Tahan Otot

  • Soalan : Mengapakah kita perlu memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti daya tahan otot?

Ø  Jawapan : Kita perlu memanaskan badan untuk meningkatkan kadar nadi sebagai persediaan melakukan aktiviti yang lebih cergas.



Peta Konsep



KECERGASAN FIZIKAL
 





    terdiri          daripada



Daya Tahan Kardiovaskular

Ketangkasan

Daya Tahan Otot

Imbangan
 





keupayaan jantung                kebolehan mengekalkan                                   kebolehan seseorang           kemampuan kumpulan

dan sistem peredaran           posisi badan semasa                        bergerak dengan pantas          otot  bergerak

darah berfungsi                 melakukan                               sambil menukar arah           berulang-ulang bagi

secara berterusan                                                                                 atau kedudukan badan            tempoh yang  lama semasa melakukan                                                                 semasa melakukan                     semasa melakukan

                                                                               

 












AKTIVITI
 


KOMPONEN 4: BAHAN BANTU MENGAJAR DAN BELAJAR

Pelajaran 1: Daya Tahan Kardiovaskular

BBM : Radio kaset, pita rakaman, kad gambar, jam randik, borang skor, skital dan wisel.

Pelajaran 2: Imbangan

BBM : Gelung rotan, skital, kad tugasan, pundi kacang dan bangku gimnastik/panjang.

Pelajaran 3: Ketangkasan

BBM : Jam randik, borang skor, skital dan wisel.

Pelajaran 4: Daya Tahan Otot

BBM : Jam randik, borang skor, skital dan wisel.



KOMPONEN 5: KAEDAH  DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Kaeadah dan Aktviti P&P

Pelajaran 1: Daya Tahan Kardiovaskular

ü  Pembelajaran Belajar Cara Belajar.

Fasa 1: Guru mengaitkan pelajaran dengan pengalaman murid yang yang pernah berjalan pantas dan aktiviti senamrobik. Guru meminta seorang murid melakukan cara berjalan pantas dan yang lain mengikut cara murid tersebut.

Fasa 2: Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Ketua kumpulan diminta mengambil kad-kad gambar yang disediakan oleh guru. Murid di dalam setiap kumpulan kecil  mengambil kadar nadi, kemudian melakukan aktiviti-aktiviti memanaskan badan serta regangan.

Fasa 3: Murid melakukan aktiviti seperti kad gambar iaitu berjalan pantas ulang alik selama 5 minit dan senaman ritma selama 3 minit. Kemudian murid mengambil kadar nadi selepas aktiviti tamat. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan.

Fasa 4: Murid menyuarakan perasaan mereka tentang aktiviti yang telah dilakukan dan guru memberi respons terhadap pengalaman yang baru murid perolehi. Murid menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru secara spontan.



Pelajaran 2: Imbangan

ü  Pembelajaran secara Kontekstual

Fasa 1: Guru menerangkan konsep imbangan dan mengaitkan dengan aktiviti imbangan yang pernah dilakukan oleh murid sebelum ini.

Fasa 2: Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan otot. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan kad tugasan.

Fasa 3: Dalam kumpulan, murid melakukan aktiviti imbangan seperti yang tercatat pada kad tugasan secara giliran di atas bangku gimnastik/panjang. Murid kemudian bermain permainan mini Harta Karun Gergasi.

Fasa 4: Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan. Perbincangan guru dan murid tentang kepentingan imbangan dalam permainan dan sukan.



Pelajaran 3: Ketangkasan

ü  Pembelajaran secara Akses Kendiri

Fasa 1: Guru menyoal murid tentang maksud ketangkasan. Guru menerangkan maksud ketangkasan.

Fasa 2: Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan iringan muzik iaitu senaman ritma dan regangan. Murid ditunjukkan kad gambar seperti buku teks halaman 15. Murid diberi penerangan cara mendapatkan maklumat daripada arahan pada kad gambar.

Fasa 3: Murid membaca arahan pada kad gambar. Murid melakukan aktiviti berdasarkan arahan pada kad gambar. Murid melakukan lari zig zag berganti-ganti.

Fasa 4: Murid membuat laporan tentang aktiviti yang telah dilakukan. Murid mengenal pasti 2 otot utama yang terlibat dalam aktiviti ketangkasan.



Pelajaran 4: Daya Tahan Otot

ü  Pembelajaran secara Akses Kendiri

Fasa 1: Bersoal jawab tentang daya tahan otot. Penerangan guru tentang konsep daya tahan otot. Mengaitkan pelajaran dengan pengalaman lalu.

Fasa 2: Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi kad bergambar. Setiap ahli dalam kumpulan membaca arahan pada kad bergambar. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan.

Fasa 3: Murid melakukan aktiviti berdasarkan kad bergambar mengikut stesen (secara litar) iaitu:

Stesen 1: ketingting tanpa halangan

Stesen 2: tekan tubi

Stesen 3: bangkit tubi

Stesen 4: burpee

Fasa 4: Murid berbincang dan membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dilakukan. Guru menyoal murid tentang aktiviti daya tahan otot secara spontan.





Garis Masa (Time-Line)




UNIT
TAJUK PELAJARAN
PERUNTUKAN MASA
    FASA 1              FASA 2           FASA 3             FASA 4
1
Daya Tahan Kardiovaskular
3 minit
14 minit
10 minit
3 minit
2
Imbangan
3 minit
14 minit
10 minit
3 minit
3
Ketangkasan
3 minit
14 minit
10 minit
3 minit
4
Daya Tahan Otot
3 minit
14 minit
10 minit
3 minit





KOMPONEN 6: PELAN PENAKSIRAN



Pelajaran 1: Daya Tahan Kardiovaskular

            Fasa 1: Soal jawab lisan berkaitan pelajaran baru dengan mengaitkan pengalaman lepas.

Fasa 2: Rubrik menaksir kemahiran mendengar penerangan guru bagi murid mengambil denyutan kadar nadi.  Murid melakukan secara berkumpulan seperti yang diarahkan.

Fasa 3: Menjawab soalan menggunakan lembaran kerja.

Fasa 4: Kuiz pendek, soalan lisan (murid dapat menjawab secara spontan semua soalan lisan yang diajukan), refleksi pembelajaran (murid dapat menyatakan maksud, konsep, dan kepentingan daya tahan kardiovaskular serta menyuarakan perasaan gembira melakukan aktiviti dan memberikan respon terhadap pengalaman yang baru diperolehi).



Pelajaran 2: Imbangan

Fasa 1: Soal jawab lisan berkaitan konsep imbangan dan mengaitkan dengan aktiviti   imbangan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Fasa 2: Rubrik menaksir kemahiran mendengar arahan guru semasa murid menjalankan aktiviti memanaskan badan dan regangan otot. Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan seperti yang diarahkan.

Fasa 3: Menjawab soalan menggunakan lembaran kerja (tentang aktiviti yang tercatat pada kad tugasan).

Fasa 4: Kuiz pendek dan soalan lisan (berkaitan kepentingan imbangan dalam permainan dan sukan), refleksi pembelajaran (murid dapat menyebut maksud, konsep, dan kepentingan imbangan serta yakin dan gembira semasa melakukan semua aktiviti imbangan).



Pelajaran 3: Ketangkasan

            Fasa 1: Soal jawab lisan tentang maksud ketangkasan.

Fasa 2: Rubrik menaksir kemahiran melakukan aktiviti memanaskan badan dengan iringan muzik (senaman ritma dan regangan). Murid dapat menjalankan aktiviti seperti yang diarahkan oleh guru. Murid menghantar laporan aktiviti..

Fasa 3: Menjawab soalan menggunakan lembaran kerja (berkaitan aktiviti pada kad gambar iaitu larian zig zag berganti-ganti).

Fasa 4: Kuiz pendek  dan soalan lisan (tentang aktiviti ketangkasan), refleksi pembelajaran (murid dapat menyebut maksud, konsep, dan kepentingan ketangkasan serta dapat mengenal pasti dan 2 otot utama yang terlibat dalam aktiviti ketangkasan).



Pelajaran 4: Daya Tahan Otot

Fasa 1: Soal jawab lisan tentang daya tahan otot dan mengaitkan pelajaran dengan pengalaman lalu.

Fasa 2: Rubrik menaksir kemahiran membaca arahan pada kad bergambar semasa murid menjalankan aktiviti daya tahan otot. Murid menghantar laporan aktiviti..

Fasa 3: Menjawab soalan menggunakan lembaran kerja (tentang aktiviti berdasarkan kad bergambar mengikut stesen).

Fasa 4: Kuiz pendek dan soalan lisan (tentang aktiviti daya tahan otot), refleksi pembelajaran (murid dapat menyatakan maksud, konsep, dan kepentingan daya tahan otot).

Penaksiran Sumatif (Untuk semua unit)

Ujian topikal: 15 soalan objektif dan 2 soalan struktur (Lampiran 1)





KOMPONEN 7: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Rancangan Pengajaran Harian 1:



Mata pelajaran               :           Pendidikan Jasmani

Kelas                            :           4 Amanah

Tarikh                           :           5 April 2011

Masa                            :           8.15 pagi – 8.45 pagi (30 minit)

Bilangan murid               :           25 orang

Bidang pelajaran            :           Daya Tahan Kardiovaskular

Objektif pembelajaran     :           Melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular





Hasil pembelajaran:       Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:



A : Menguasai isi kandungan pelajaran

a. Menyatakan maksud daya tahan kardiovaskular.

b. Mengetahui dan memahami kepentingan daya tahan kardiovaskular di dalam kehidupan.



B : Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

            a. Menyatakan cara mengira kadar nadi sebelum dan selepas bersenam.

b. Melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 aktiviti daya tahan kardiovaskular dalam tempoh masa sekurang-kurangnya 4 minit dengan betul dan selamat.



C :  Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

a. Yakin dan gembira melakukan aktiviti berkaitan daya tahan kardiovaskular.

b. Menjelaskan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan daya tahan kardiovaskular.



                       

Konsep/prinsip/hukum/teori:

1)       Senaman ritma ialah senaman yang dilakukan mengikut rentak muzik.

2)      Penyakit kardiovaskular ialah penyakit yang berkaitan dengan jantung dan salur darah ke jantung.

3)       Cara mengambil kadar nadi alternatif  :

a.       Letakkan jari telunjuk dan jari hantu pada leher.

b.       Hitung denyutan kadar nadi untuk selama 10 saat.

c.       Jumlah denyutan kadar nadi didarabkan dengan 6.





Bahan, peralatan dan bahan sumber:



Radio kaset – 1 unit

Pita rakaman – 1 unit

Kad gambar – 8 keping

Jam randik – 1 unit

Borang skor – 4 helai

Skital – 8 unit

Wisel – 1 unit



Langkah berjaga-jaga:

1.       Mengenal pasti tahap dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti.

2.       Memastikan kawasan persekitaran selamat.

3.       Melakukan aktiviti mengikut kemampuan diri.



Pengetahuan sedia ada:

  1. Murid pernah menonton acara senamrobik melalui televisyen.
  2. Murid mempunyai pengalaman berlari dan pernah melihat atlet jarak jauh beraksi.





Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(3 min)
Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi secara berterusan dalam masa yang panjang.

-Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal
cungkil idea murid tentang pengalaman berjalan pantas dan aktiviti senamrobik.
-Meminta 1 murid berjalan pantas dan yang lain ikut.
-Murid memberi respon.
-Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas.
Menstruktur/ Menstruktur semula idea
(14 min)
Cara mengambil kadar nadi alternatif:
a. Letakkan jari telunjuk dan jari hantu pada leher
b. Hitung denyutan kadar nadi untuk selama 10 saat
c. Jumlah denyutan kadar nadi didarabkan dengan 6


-Mengarahkan murid membentuk 4 kumpulan.
-Mengarahkan ketua kumpulan mengambil 2 kad gambar.
-Menerangkan cara dan mengarahkan murid mengambil kadar nadi.
-Melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan.
Debriefing
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan dan diberi penerangan kumpulan kecil
-Murid membentuk  kumpulan.
-Murid mengambil kad gambar.
-Murid mengambil kadar nadi.
-Melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan.
Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil.
Strategi/
Teknik:
Belajar cara belajar.

Sikap saintifik dan nilai murni:
-Yakin dan gembira melakukan aktiviti.
-Menjaga keselamatan semasa membuat aktiviti.
Aplikasi Idea
(10 min)
1. Berjalan pantas ulang alik selama 5 minit
2. Senaman ritma selama 3 minit.

-Guru mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti yang terdapat dalam kad gambar.
-Guru meminta murid melakukan aktiviti seperti dalam kad gambar.
-Guru mengarahkan murid mengira denyutan  kadar nadi selepas melakukan aktiviti.

-Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan
-Pelajar membentangkan dapatan
-Strategi:
Perbincangan kumpulan diikuti persembahan
-Sumber pengajaran: Radio kaset dan pita rakaman
Refleksi/
Penutup
(3 min)
Daya tahan kardiovaskular penting untuk manusia kerana berkait rapat dengan sistem respiratori/ pernafasan:
a.hidung
b.mulut
c.trakea
d.bronkus
e.bronkiol
f.paru-paru

 -Taksir kefahaman pelajar dengan memberi kuiz pendek.
-Tingkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan
-Mengisi borang skor larian murid.
-Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz  secara spontan.
-Membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas

Sumber pengajaran: borang  skor







Rancangan Pengajaran Harian 2:                    

Mata pelajaran               :           Pendidikan Jasmani

Kelas                            :           4 Amanah

Tarikh                           :           12 April 2011

Masa                            :           8.15 pagi – 8.45 pagi (30 minit)

Bilangan murid               :           25 orang

Bidang pelajaran            :           Imbangan

Objektif pembelajaran     :           Melakukan aktiviti imbangan dengan betul dan selamat







Hasil pembelajaran:       Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:



A : Menguasai isi kandungan pelajaran

a. Menyatakan maksud dan kepentingan imbangan.

b. Melakukan aktiviti imbangan dengan betul dan selamat.



B : Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

a. Menamakan 3 otot utama yang terlibat dalam aktiviti imbangan.

b. Menyatakan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti yang melibatkan imbangan.



C : Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

a. Yakin dan gembira selepas melakukan aktiviti imbangan.

b. Menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti imbangan dalam permainan.



                       

Konsep/prinsip/hukum/teori:

1)       Koklea  ialah bahagian dalam organ pendengaran yang berfungsi memelihara keseimbangan tubuh badan.

2)       Imbangan Statik  ialah kebolehan mengekalkan kestabilan kedudukan semasa pusat graviti berada setempat.

3)       Imbangan Dinamik  ialah kebolehan mengekalkan kestabilan kedudukan semasa pusat graviti diubah.





Bahan, peralatan dan bahan sumber:



Gelung rotan – 10 unit

Pundi kacang – 10 unit

kad tugasan – 8 keping

Bangku gimnastik/panjang – 1 unit

skital – 8 unit





Langkah berjaga-jaga:

1.       Guru memastikan kawasan persekitaran selamat untuk beraktiviti.

2.       Guru memastikan murid mengikut arahan dan melakukan aktiviti secara sistematik.

3.       Guru menyelia dan membimbing murid semasa melakukan aktiviti.





Pengetahuan sedia ada:

Murid pernah melakukan aktiviti-aktiviti imbangan pada tahun tiga.



Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(3 min)
Imbangan ialah kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya semasa melakukan aktiviti dalam keadaan statik atau dinamik.

-Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal
cungkil idea murid tentang pengalaman melakukan imbangan semasa darjah tiga.
-Menerangkan konsep imbangan.
-Murid memberi respon.
-Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas.
Menstruktur/ Menstruktur semula idea
(14 min)
Jenis-jenis imbangan:
a. Imbangan statik : kebolehan mengekalkan kestabilan kedudukan semasa pusat graviti berada setempat
b. Imbangan dinamik : kebolehan merngekalkan kestabilan kedudukan semasa pusat graviti diubah.


-Mengarahkan murid membentuk 4 kumpulan.
-Memberikan kad tugasan kepada setiap kumpulan.
-Menerangkan jenis-jenis imbangan
-Melakukan contoh  aktiviti imbangan setempat dan imbangan dinamik.
Debriefing
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan dan diberi penerangan kumpulan kecil
-Murid membentuk  kumpulan.
-Murid mengambil kad gambar.
-Melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan.
-Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil.
-Melakukan aktiviti seperti ditunjukkan oleh guru.
Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Sikap saintifik dan nilai murni:
-Yakin dan gembira melakukan aktiviti.
-Menjaga keselamatan semasa membuat aktiviti.
Aplikasi Idea
(10 min)
1. Aktiviti imbangan menggunakan bangku gimnastik/panjang
2. Permainan mini Harta Karun Gergasi:
a. ‘Gergasi’ berada di hadapan dengan harta karun di belakangnya.
b. Murid bergerak kea rah ‘gergasi’ dan cuba merampas harta karun tanpa ditangkap.
d. Apabila ‘gergasi’ menoleh ke belakang, murid mesti berdiri kaku seperti patung.
e. Murid akan diarah balik ke trempat permulaan sekiranya bergerak semasa ‘gergasi’ menoleh.

-Guru mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti yang terdapat dalam kad gambar.
-Guru meminta murid melakukan aktiviti seperti dalam kad gambar.


-Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan
-Pelajar membentangkan dapatan
-Strategi:
Perbincangan kumpulan diikuti persembahan
-Sumber pengajaran: Bangku gimnastik/panjang, kad tugasan, pundi kacang, skital
Refleksi/
Penutup
(3 min)
Kepentingan imbangan:
a. Memantapkan perlakuan.
b. Melancarkan pergerakan.

 -Taksir kefahaman pelajar dengan memberi kuiz pendek.
-Tingkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan.
-Mengarahkan murid melakukan aktiviti menyejukkan badan.
-Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz  secara spontan.
-Membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas

Sumber pengajaran: soalan kuiz.







Rancangan Pengajaran Harian 3:

Mata pelajaran               :           Pendidikan Jasmani

Kelas                            :           4 Amanah

Tarikh                           :           19 April 2011

Masa                            :           8.15 pagi – 8.45 pagi (30 minit)

Bilangan murid               :           25 orang

Bidang pelajaran            :           Ketangkasan

Objektif pembelajaran     :           Melakukan aktiviti meningkatkan ketangkasan dengan betul dan selamat.





Hasil pembelajaran:       Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:





A : Menguasai isi kandungan pelajaran

a. Menyatakan maksud ketangkasan.

            b. Melakukan aktiviti untuk meningkatkan ketangkasan.  



B: Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

a. Menyatakan aspek keselamatan semasa beraktiviti.                            

b. Mengenal pasti 2 otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti.



C:Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

a. Yakin dan gembira melakukan aktiviti berkaitan ketangkasan.

b. Menanam sikap bekerjasama semasa melakukan aktiviti.

                       



Konsep/prinsip/hukum/teori:

1)       Ketangkasan  ialah kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil menukar arah atau kedudukan badan dalam melakukan sesuatu aktiviti semasa bersukan, beriadah atau dalam kegiatan harian.

2)       Ketangkasan mengelak seseorang individu daripada mendapat kemalangan atau kecederaan.

3)       Seseorang yang tangkas berupaya mengubah posisi badan dengan cepat dan boleh mengawal pergerakan seluruh badan.





Bahan, peralatan dan bahan sumber:



Jam randik – 1 unit

Radio kaset – 1 unit

Borang skor – 1 helai

Kad gambar – 4 keping

Skital – 8 unit

Wisel – 1 unit





Langkah berjaga-jaga:

1.       Murid melakukan aktiviti mengikut giliran masing-masing

2.       Murid mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti.

3.       Melakukan aktiviti di dalam kawasan yang telah disediakan.





Pengetahuan sedia ada:



1.       Murid berpengalaman melakukan aktiviti untuk meningkatkan ketangkasan.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(3 min)
Ketangkasan ialah kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil menukar arah atau kedudukan badan dalam melakukan sesuatu aktiviti semasa bersukan, beriadah atau dalam kegiatan harian.

-Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal
cungkil idea murid tentang pengalaman melakukan aktiviti ketangkasan.
-Menerangkan konsep ketangkasan.
-Murid memberi respon.
-Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas.
Menstruktur/ Menstruktur semula idea
(14 min)
1.Senaman ritma: Senaman yang dilakukan mengikut rentak muzik.

2.Larian zig zag berganti-ganti.


-Mengarahkan murid melakukan senaman ritma dan regangan.
-Menunjukkan kad gambar kepada murid.
-Menerangkan cara mendapatkan maklumat daripada arahan pada kad gambar.
-Debriefing
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan dan diberi penerangan kumpulan kecil
-Murid memerhati kad gambar yang ditunjukkan oleh guru.
-Melakukan aktiviti senaman ritma dan regangan.
-Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil.
-Melakukan aktiviti seperti ditunjukkan oleh guru.
Strategi/
Teknik:
Pembelajaran secara akses kendiri.

Sikap saintifik dan nilai murni:
-Yakin dan gembira melakukan aktiviti.
-Menanam sikap bekerjasama.
Aplikasi Idea
(10 min)
1. Bermain permainan lari zig zag berganti-ganti.

-Guru meminta murid membaca arahan yang terdapat  dalam kad gambar.
-Guru meminta murid melakukan aktiviti seperti dalam kad gambar.


-Pelajar menyelesaikan masalah
-Pelajar membentangkan dapatan
-Strategi:
Perbincangan murid dengan guru
-Sumber pengajaran: Kad gambar, skital, wisel
Refleksi/
Penutup
(3 min)
Kepentingan ketangkasan:
a.Mengelak individu daripada mendapat kemalangan atau kecederaan.
b.Membantu menukar arah dengan cepat sewaktu sedang bergerak pantas.

 -Taksir kefahaman pelajar dengan memberi kuiz pendek.
-Tingkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara individu.
-Mengarahkan murid melakukan aktiviti menyejukkan badan.
-Murid membuat laporan tentang aktiviti yang telah dilakukan.
-Membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas

Sumber pengajaran: soalan kuiz.









Rancangan Pengajaran Harian 4:

Mata pelajaran               :           Pendidikan Jasmani

Kelas                            :           4 Amanah

Tarikh                           :           26 April 2011

Masa                            :           8.15 pagi – 8.45 pagi (30 minit)

Bilangan murid               :           25 orang

Bidang pelajaran            :           Daya Tahan Otot

Objektif pembelajaran     :           Melakukan aktiviti daya tahan otot dengan betul dan selamat





Hasil pembelajaran:       Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:



A : Menguasai isi kandungan pelajaran

a. Menyatakan maksud daya tahan otot.

            b. Menjadi orang yang cergas dan aktif.  



B : Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

a. Melakukan 3 daripada 5 aktiviti tekan tubi dan bangkit tubi dengan betul dan selamat.

b. Menyatakan 3 otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti tekan tubi dan bangkit tubi.

                                                                                                                                 

C : Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

a. Yakin dan gembira melakukan aktiviti.

            b. Bekerjasama dalam melakukan aktiviti.



                       

Konsep/prinsip/hukum/teori:



1)       Latihan Bebanan : Satu kaedah latihan yang digunakan bagi meningkatkan daya tahan otot.

2)       Pemboleh ubah bagi latihan bebanan ialah ulangan, set, intensiti, jeda rehat, dan kekerapan latihan.

Bahan, peralatan dan bahan sumber:



Jam randik – 1 unit

Borang skor – 1 unit

Skital – 8 unit

Wisel – 1 unit

Kad gambar – 4 keping





Langkah berjaga-jaga:



  1. Memastikan alatan dan kawasan persekitaran yang digunakan selamat.
  2. Memastikan murid mengikut arahan sebelum, semasa, dan selepas melakukan aktiviti.
  3. Memastikan murid melakukan aktiviti dengan betul.



Pengetahuan sedia ada:



1.       Murid mempunyai pengalaman melompat dan melakukan ketingting serta pernah melihat aksi tersebut.







Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(3 min)
Daya tahan otot ialah kemampuan sesuatu kumpulan otot melakukan pergerakan yang berulang-ulang bagi tempoh yang lama tanpa berasa letih.

-Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal
cungkil idea murid tentang pengalaman melompat dan melakukan ketingting.
-Menerangkan konsep daya tahan otot.
-Murid memberi respon.
-Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas.
Menstruktur/ Menstruktur semula idea
(14   min)
1.Latihan bebanan ialah salah satu kaedah latihan yang digunakan bagi meningkatkan daya tahan otot.

2.Pemboleh ubah bagi latihan bebanan ialah ulangan, set, intensiti, jeda rehat, dan kekerapan latihan.



-Mengarahkan murid membentuk 4 kumpulan kecil.
-Menerangkan tentang latihan bebanan
-Menerangkan tentang pemboleh ubah bagi latihan bebanan
-Murid membentuk  kumpulan.
-Murid mengambil kad gambar.
-Murid membaca arahan pada kad gambar.
-Melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan.
Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil.
Strategi/
Teknik:
Pembelajaran Akses Kendiri.

Sikap saintifik dan nilai murni:
-Yakin dan gembira melakukan aktiviti.
-Bekerjasama semasa membuat aktiviti.
Aplikasi Idea
(10 min)
Aktiviti dalam kad gambar mengikut stesen (secara litar):
1. Ketingting tanpa halangan
2. Tekan tubi
3.Bangkit tubi
4.Burpee

-Guru mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti yang terdapat dalam kad gambar.
-Guru meminta murid melakukan aktiviti seperti dalam kad gambar.


-Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan
-Pelajar membentangkan dapatan
-Strategi:
Perbincangan kumpulan diikuti persembahan
-Sumber pengajaran: Jam randik, skital, wisel
Refleksi/
Penutup
(3 min)
Daya tahan otot penting  dalam kehidupan harian kerana:
1.Dapat meningkatkan kualiti kerja
2.Dapat menjimatkan masa kerja.

 -Taksir kefahaman pelajar dengan menyoal murid tentang aktiviti daya tahan otot secara spontan.
-Tingkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan
-Mengisi borang aktiviti murid.
-Pelajar berbincang dalam kumpulan
-Membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas

Sumber pengajaran: borang  skor































LAMPIRAN 1







SEKOLAH KEBANGSAAN CHERANG RUKU,

16700 PASIR PUTEH, KELANTAN.



PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4







NAMA  : ………………………………………………………………………………





TAHUN : ………………………………………………………………………………







Jawab semua soalan (Bahagian A)





1)       Daya tahan kardiovaskular ialah untuk mengukur keupayaan ………………………………..

A.      Jantung dan sistem darah berfungsi dengan baik        C.     Pundi kencing

B.      Paru-paru bernafas                                                   D.    Buah pinggang mencuci darah



2)       Paru-paru ialah organ …………………………………

A.      Pembiakan                                                              C.    Mengepam darah

B.      Pernafasan                                                              D.    Mengalirkan darah



3)       Fauzan telah melakukan bererapa aktiviti imbangan. Antara berikut, yang manakah bukan aktiviti imbangan?

A.      Dirian Bangau                                                          C.   Lompat ketingting

B.      Dirian Skala                                                                        D.  Turun naik tangga



4)       Aktiviti ……………………………. dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

A.      Bangkit tubi                                                             C.   Menolak dinding sambil meleding

B.      Lari ulang alik                                                          D.   Duduk dan membongkok badan





5)       Bermain piring terbang memerlukan kemahiran koordinasi …………………………….

A.       Membaling dan melompat                                                                               C.    Membaling dan terbang

B.       Membaling dan menyambut                                                           D.    Membaling dan berlari



6)       ……………………………………. ialah keupayaan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar arah seperti permainan bola beracun.

A.       Imbangan                                                                                            C.    Kelenturan

B.       Ketangkasan                                                                                      D.    Pergerakan kreatif

7)       Alatan yang digunakan dalam aktiviti menghantar dan menyambut pundi kacang ialah …………………

A.       Bola kecil                                                                                            C.    Gelung rotan

B.       Pundi kacang                                                                                     D.    Bola besar



8)       Di antara  berikut yang manakah aktiviti Gimnastik Umum?

A.       Mengimbangkan badan                                                                   C.  Membaling bola

B.       Menyepak bola                                                                                  D.  Melempar pundi kacang



9)       …………………………….. ialah organ yang mengepam darah ke seluruh tubuh.

A.       Paru-paru                                                                                            C.    Buah pinggang

B.       Jantung                                                                                                               D.    Tengkorak



10)   Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti bermain dengan bola kecuali …………………………………

A.       Melempar                                                                                            C.  Melantun

B.       Menyambut                                                                                         D.  Tepuk amai-amai



11)   ………………………………… ialah kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya semasa melakukan aktiviti dalam keadaan static atau dinamik.

A.       Imbangan                                                                                            C.   Koordinasi

B.       Ketangkasan                                                                                      D.   Daya Tahan Otot



12)   ………………………………….. ialah senaman yang dilakukan mengikut rentak muzik.

  1. Imbangan                                                                                              C.   Senaman ritma
  2. Koordinasi                                                                                            D.   Lompatan



13)   Antara berikut adalah pemboleh ubah bagi latihan bebanan  kecuali …………………………….

  1. Ulangan                                                                                                                C.  Intensiti
  2. Otot                                                                                                        D.  Jeda rehat





14)   Sistem Respiratori melibatkan bahagian-bahagian pernafasan berikut  kecuali …………………….

  1. Hidung                                                                                                   C.  Paru-paru
  2. Mulut                                                                                                      D.  Mata



15)   Sebelum melakukan aktiviti, pastikan kawasan persekitaran adalah …………………………….

  1. Selamat                                                                                                 C.   Lebar
  2. Panjang                                                                                                 D.  Jauh















Jawab semua soalan (Bahagian B)

















Sistem Kardiovaskular.





1)      Namakan organ-organ yang terdapat dalam gambar di atas.





a)……………………………………………………………………….





b) ………………………………………………………………………





c)……………………………………………………………………….





d)……………………………………………………………………….





e)……………………………………………………………………….





f)……………………………………………………………………….





2)      Namakan aktiviti-aktiviti berdasarkan gambar berikut.














          a)…………………………………………………………………
















         b)…………………………………………………………………















        

          c)…………………………………………………………………

















           d)………………………………………………………………..





LAMPIRAN 2




Pemboleh ubah

Daya Tahan Otot

Kekuatan otot

    Ulangan

    3 - 5

    10 - 15

    Jumlah set

    1 - 3

    3 - 5

    Intensiti

    80 – 90% daripada 1 RM

    50 – 70 daripada 1 RM

    Jeda rehat

    3 – 5 minit

    1 – 3 minit

    Kekerapan latihan

    3 – 4 kali seminggu (berselang-seli)

    3 – 4 kali seminggu (berselang-seli)

1RM ialah beban maksimum yang mampu diangkat oleh seorang atlet dengan sekali angkat sahaja.



Jadual 1 : Perbandingan antara latihan daya tahan otot dengan kekuatan otot.