Friday 25 November 2011

Tazkirah


Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Sewaktu Rasulullah s.a.w musafir, baginda melihat seorang lelaki sedang dikerumuni oleh orang ramai sehingga dia hampir-hampir tidak dikenali. Rasulullah s.a.w kemudian bertanya: Mengapa dengannya? Para sahabat menjawab: Dia adalah seorang yang berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda: Bukanlah termasuk dari suatu kebaikan berpuasa di dalam perjalanan iaitu musafir.
(Riwayat Muslim, #1879)

Aspek Keselamatan dalam PJK


Terdapat tujuh perkara yang perlu diberi perhatian untuk keselamatan sebelum menjalani aktiviti rekreasi dan latihan sukan iaitu:

1. Melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat dan lakukan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan.

2. Latihan bersistematik. Latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebuh dahulu sebelum melaksanakannya. Jangan sesekali melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya.

3. Kenal pasti kecergasan diri. Setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza. Tetapkan objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing.

4. Kenal pasti kemampuan diri. Lakukan aktiviti mengikut tahap kemampuan masing-masing. Jangan memaksa diri melakukan aktiviti melebihi had keupayaan masing-masing.

5. Persekitaran dan tempat aktiviti yang sesuai. Pastikan persekitaran tempat yang selamat. Selamat untuk diri sendiri dan orang lain.

6. Kemudahan peralatan. Pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan aktiviti. Alatan termasuklah juga pakaian yang sesuai untuk aktiviti.

7. Perlakuan yang betul. Jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. Ini akan membahayakan diri anda.

Senaman HIRAMEKI

HIRAMEKI bermaksud 'mendapat inspirasi'. Apabila anda berada dalam keadaan buntu, anda perlu minda yang relaks tapi peka untuk mencapai HIRAMEKI. Minum teh, dapat HIRAMEKI.
Theanine merupakan kandungan semulajadi asli daun teh. Theanine dikatakan berkesan untuk menjadikan minda anda relaks tapi peka.

Untuk itu saya kongsikan dengan anda cara penyediaan teh cara HIRAMEKI.
1. Masukkan satu uncang teh ke dalam gelas. Tuangkan air mendidih dan tutup selama 2-3 minit.
2. Sementara menunggu, tarik nafas panjang dan angkat tangan untuk membentuk huruf 'L'. Sambil mengekalkan bentuk 'L', naikkan lutut kiri ke arah siku kanan, kemudian lutut kanan ke siku kiri. Ulang sebanyak 10 kali. Senaman ini baik untuk minda anda (buat dengan relaks).
3. Celup uncang teh 5 kali dan kemudian keluarkan. Teh anda sudah siap sekarang.
Semoga anda menikmatinya.

Tips keselamatan lompat jauh

acara lompat jauh menggabungkan dua aspek utama iaitu lari yang pantas dan lompat yang kuat. lompatan yang baik bergantung kepada satu larian pantas, lonjakan yang tepat, sudut lompatan, pusat graviti, ketinggian lompatan dan teknik pendaratan.
walau bagaimanapun, dalam kita mencari kesempurmaan lompatan kadang-kala ia boleh mengundang kecederaan kepada atlet. perkara berikut perlu dititikberatkan untuk mengurangkan kecederaan semasa latihan lompat jauh.

paling utama, sebelum memulakan latihan guru pjk atau jurulatih mesti mengenal pasti tahap kesihatan atlet. keadaan atlet yang kurang sihat boleh mendatangkan kecederaan semasa latihan. lakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan secara umum dan spesifik bagi persediaan otot untuk bekerja bagi julat yang lebih tinggi.

perlu dipastikan juga pakaian atlet. pakai baju dan seluar yang membolehkan atlet melakukan pergerakan yang selesa. pakai kasut dari jenis tapak lembut.
aloooo bang ! mana kasut? papan lonjakan ok ker?
umumnya, landas lompat jauh di sekolah-sekolah dibuat di atas rumput. pastikan juga landas tidak berlubang-lubang dan tidak terdapat objek berbahaya seperti paku dan kaca.

kebanyakkan sekolah menghadapi banyak masalah papan lonjakan. kadang-kala kedudukan papan lonjakan bergerak apabila fasa lonjalan dilakukan. ini boleh berbahayakan kaki atlet. alternatifnya, di sekolah saya kami menggunakan kayu landasan kereta api bagi mengatasi masalah ini.

pastikan pasir sentiasa di gembur dan diratakan bagi mengelakkan kecederaan semasa fasa pendaratan. pada akhir latihan, jangan lupa melakukan aktiviti menyejukkan badan.

walau pun info kali ini nampak ringkas dan mudah. perkara ini sangat penting bagi mengurangkan risiko kecederaan.

Persediaan keselamatan semasa menjalankan aktiviti PJK.



Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa menjalankan aktiviti PJK bersama murid-murid.

Pertama, guru perlu menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam atau di luar bilik darjah.

Kedua, guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti PJK.

Ketiga, adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat lapang semasa cuaca buruk dan adanya kilat atau petir.

Keempat, elakkan sama sekali mengadakan aktiviti sukan semasa hujan dan ribut petir, sama ada di padang atau kolam renang.

Kelima, berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan.

Keenam, sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua atau guru besar dengan segera. Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan.